Ahad, 19 Februari 2017

Buasir dan manjakani

Buasir

Ok, kali ni nk share tentang satu penyakit yang sangat ditakuti especially bagi yang lepas bersalin. Fuu.. Takut kan? Dah lah sakit melahirkan lagi, nak tanggung sakit buasir lagi.. Dugaan Allah ..Bila diri sendiri tak kene buasir ni, memang rasa mcm penyakit ni biasa, Serius.. Tapi bila kwn2 terdekat mengadu, sakitnya nk duduk, sakitnya dukung anak, dan ade sorang kawan tu, proses bersalin dia sgt susah sbb ade bausir..terus terbayang...huii tak nk lah kena..huhu..Ramai jugak yang whatsapp tanya macamane nk guna Manja Malam Jamu Kakak drp JkXlusive untuk membantu masalah buasir. Sebab tu la saya buat sharing sikit ye pasal buasir ni. Moga bermanfaat ye....

BAGAIMANA BUASIR TERJADI?

Buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur. Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam. Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir.

Di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.


Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya. Pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

PUNCA BUASIR

Tekanan (pressure)

Saluran darah venus di bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif terhadap tekanan. Pertambahan tekanan ini boleh menyebabkan buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku pada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri di atas dua kaki. Ini memberikan tekanan kepada saluran venus di kawasan dubur sebanyak tiga kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.

Di samping itu, tekanan di dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

Duduk atau berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama

Orang yang selalunya terpaksa duduk atau berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit ini. Berdiri akan menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.

Masalah sembelit

Najis yang besar dan kering memerlukan teranan yang kuat untuk membuangnya. Ini menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan pada salurang venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak dan menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia mungkin akan ditolak keluar.

Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.

Mengandung

Mengandung adalah penyebab utama buasir kepada wanita muda. Ia berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan oleh rahim yang membesar. Di samping itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula menyebabkan otot-otot menjadi lebih “relax”, dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu meminum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.

Bila dah kenal apa itu buasir, rupa2nya buasir ni ada tahap2 nya. Seeloknya kita ubati dari awal la ye, sbb bile dah teruk, susah untuk kite ubati.Di bawah ni ilustrasi tahap buasir;

TAHAP 1 – Berlaku pendarahan dan bengkak menonjol keluar

TAHAP 2 – Disebabkan oleh pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi secara spontan akan masuk balik ke dubur.

TAHAP 3 – Sama seperti tahap 2, tetapi, bengkak tersebut tidak dapat masuk secara sendiri. Dengan kata lain, terpaksa tolak ke dalam dengan menggunakan tangan sendiri.

TAHAP 4 – Bengkak akan berada di luar dubur, darah pekat keluar, terasa sakit atau pedih. Perlu mendapat rawatan buasir segera.

CARA MENGATASI DAN RAWATAN BUASIR

1. Kerap buang air besar

Untuk melegakan kesakitan ketika diserang buasir, pesakit disyorkan agar kerap membuang air besar dan memastikan najis tidak keras
serta menjaga kebersihan diri terutama sekali di kawasan dubur dan menggunakan ubat buasir.

2. Minum banyak air
Untuk mengatasi sembelit dan memastikan najis berkeadaan lembut, pesakit disyorkan meminum banyak air dan mengambil lebih sayursayuran dan buah-buahan.

Jika langkah ini tidak juga berkesan pesakit boleh mendapatkan ubat yang melembutkan najis seperti Metamucil ataupun julap yang menggalakkan pembuangan air besar yang lebih kerap seperti Milk of Magnesia.

3. Cuci dengan kerap
Untuk menjaga kebersihan pada kawasan dubur, pesakit digalakkan untuk mencuci kawasan tersebut dengan lebih kerap dengan menggunakan sabun dan air selepas membuang air besar. Selain itu pesakit juga boleh merendamkan diri dalam air suam dua atau tiga kali sehari untuk selama 15 minit. Garam mandian juga boleh digunakan kerana ia berupaya untuk mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

RAWATAN BUASIR DENGAN MENGGUNAKAN MANJAKANI ASLI

Ok dekat sini Dhila boleh share satu rawatan alternatif yang boleh digunakan oleh mereka yang terkena buasir. Of course lah dengan menggunakan manjakani asli ^^.

Untuk kecutkan buasir dari dalam, boleh makan kapsul manjakani dan sapu buasir tu dengan serbuk manjakani. InshaAllah boleh kecut dengan cepat. Yang penting istiqamah & minum air yang banyak. 

Bagaimana Jamu Kakak "Manja Malam" drp JkXlusive dapat membantu?

Manjakani telah terbukti dpt merawat dan mengecutkan buasir...

Amalkan memakan 2 kapsul "Manja Malam"setiap hari..itu adalah rawatan dalaman. Dari segi luaran pulak, boleh guna isi drp kapsul jamu "Manja Malam"..buka kapsul, ambil isinya dan sapu sekitar buasir..sapukan 2x sehari sehingga buasir mengecut dan  bisanya hilang....TIDAKBOLEH UTK DIAMALKAN OLEH IBU YG HAMIL

Manja Malam adalah 100% manjakani gred A keluaran JkXlusive sesuai utk LELAKI DAN WANITA

Hubungi kami 0195049300 untuk konsultasi dan pembelian

Khamis, 16 Februari 2017

Keputihan - Rawat sebelum terlambat

Definisi Keputihan

Keputihan atau Fluor Albus merupakan keluaran vaginal pada wanita. Keputihan pada dasarnya dapat digolongkan menjadi dua golongan iaitu keputihan normal (fisiologis) dan keputihan abnormal (patologis). keputihan fisiologis adalah keputihan yang biasanya terjadi setiap bulannya, biasanya muncul menjelang menstruasi atau sesudah menstruasi ataupun masa subur. Keputihan patologis dapat disebabkan oleh infeksi biasanya disertai dengan rasa gatal di dalam vagina dan di sekitar bibir vagina bagian luar. Yang sering menimbulkan keputihan ini antara lain bakteri, virus, kulat atau juga parasit. Infeksi ini dapat menjalar dan menimbulkan keradangan ke saluran kencing, sehingga menimbulkan rasa pedih ketika si penderita buang air kecil.

AWASI KEPUTIHAN ANDA

KEPUTIHAN DAN WANITA TIDAK DAPAT DIPISAHKAN

RAWAT SEBELUM TERLEWAT DAN MEMUDARATKAN

#jamukakak #manjamalam #jkxlusive

Rabu, 15 Februari 2017

Amalan orang tua kita

Assalamualaikum

Zaman moden  ni ada kah lagi yg nk mengamalkan pengambilan jamu? Cuba lihat datuk nenek kita dahulu, badannya cergas dan ada yg masih awet muda walaupun usia sudahpun menjangkau berapa abad...adakah anda tau apakah rahsianya??? Selain mengamalkan pemakanan sihat seperti ulam-ulaman, mereka juga rajin mengamalkan minum atau makan jamu. dulu-dulu, mereka akan proses sendiri jamu tu..sekarang ni, jika kita nk buat..macam-macam pula alasannya. Ye lah, ada yang akan kata bahan untuk membuat jamu tu susah nk dapatkan...nk cr akar kayu pulak bukannya mudahkan? nak cari biji manjakani pun tak tentu akan dapat...

Ok...ok...jangan sedih, Kakak Jk akan share macamana anda nak jadi sihat, cerdas, cantik dan menawan..pendek kata awet muda...

jumpa anda next entry....